Followers

Sunday 13 May 2012

ku ukir namamu di awan Gunung Jerai



selamat datang...pokok-pokok tu menghalang pandangan



Gunung Jerai...pandangan dari jauh
Salam you all..hehhe( cakap orang putih pulak). Semua orang mesti ada hobi masing-masing kan, tak kira la hobi apa pun yang penting kita minat nak buat. So, hobi korang apa? memancing? membaca? memasak? atau mengelamun? tak kisah la yang penting masa luang kita tak terbuang begitu sahaja kan. Hobi aku memanjat. bukan panjat pagar sekolah la tapi panjat gunung. Sebenarnya bukan nak cerita pasal aktiviti aku panjat gunung tapi aku nak cerita tentang satu gunung yang terdapat di Kedah yang sememangnya sesuai untuk berhiking. Bagi yang memang gila berhiking macam aku ni, boleh la datang ke Gunung Jerai untuk cuba mengukur ketinggiannya. Nak tahu tentang sejarah gunung ni tak? ikut kata orang dulu-dulu gunung ni berkait rapat dengan mitos raja bersiong dulu kala.(meremang bulu tengkuk aku). Lupa kan tentang tu dulu. Sesiapa yang pernah mendaki gunung ni mesti dah tahu apa yang ada disepanjang pendakiannya. 

air terjun pun ada...bestnya!
Banyak juga tempat-tempat yang boleh disinggah semasa mendaki Gunung Jerai antaranya Telaga Tok Syekh yang dikatakan seorang ulama yang berjaya mengislamkan sultan Kedah suatu masa dulu. Air telaga ini dikatakan mempunyai kandungan kristal yang tinggi tapi tidak setingga air zam-zam. Andai korang seorang yang pencinta alam semulajadi pasti tidak akan menyesal datang kesini kerana kehijauan hutannya masih terpelihara. 
selain itu juga korang boleh lihat sendiri sebuah batu yang berbentuk seakan-akan kapal pemerintahan Merong Mahawangsa. Banyak lagi kawasan atau tinggalan sejarah yang korang boleh tengok sendiri semasa mendaki gunung ini. 

pandangan dari puncak Gunung Jerai..subhanallah
Korang akan rasa sangat puas hati bila dah sampai kat puncak gunung sebabnya dari situ korang boleh tengok keindahan sawah padi yang terbentang luas dibawah sana. Sangat cantik! tiba-tiba teringat lirik lagu cinta pantai merdeka, kan ku ukir namamu diawan Gunung Jerai bersaksikan laut daun nyiur melambai jauh pandangan permai disitu Tanjung Dawai terkenang peristiwa cinta kita terburai.

singgah sebentar di Pekan Rabu


Salam dan selamat mengejar cita-cita semua,..(ehehe). Korang pernah dengar tak nama satu tempat yang agak glamer kat Kedah, kalau pergi makan angin kat sana memang tak lengkap la kalau tak singgah kat Arkib Pekan Rabu. Pekan rabu okay, bukan pekan sabtu atau ahad atau apa-apa je ok.

Pekan Rabu....sentiasa mengalukan kedatangan korang
 Tempat ni memang special sikit sebab, kedudukannya ditengah-tengah bandaraya Alor Setar. Kalau siapa pernah pergi mesti dah dapat imagine tempat dia kan. korang jangan salah faham pula dengan nama tempat ni, bukan sebab tempat ni hanya dibuka pada hari rabu je tau, tapi hari-hari dibuka untuk semua. Aku pun hairan jugak la dengan nama tempat ni, ingatkan hari rabu je buka tapi tak pe bukan masalah negara pun kan. Kalau tak silap aku tempat ni diberi nama Pekan Rabu oleh bekas perdana menteri kita yang ke-4 siapa lagi kalau bukan Dr. Mahathir Muhammad yang juga anak kelahiran jelapang padi Malaysia.(bangga cek heheh).



 Kat sini korang boleh membeli belah dengan harga yang berpatutan dan harga boleh dirunding jangan risau. Antara barang-barang yang korang boleh beli kat sini ialah, makanan kering, pakaian, barangan kraf dan banyak lagi la kalau tak percaya jom la pergi sana. Selalunya orang datang ke arkib ni semata-mata nak cari kuah rojak mak bee yang memang best la rasa dia. Pelbagai makanan tradisional dijual disini seperti kuih karas, kuih sepit, buah kana dan banyak lagi la.
macam-macam ada

macam-macam ada..









Selain tu, kalau sesiapa yang tengah mengidam ikan pekasam tu boleh la datang sini, banyak jenis ikan pekasam ada jual dan harga pun boleh tahan la tak lamahal sangat, ikan pekasam lampam ada, sepat 
benua ada, macam-macam ada.

pilih-pilih ikan pekasam...lampam, sepat, puyu

pelbagai kraf tangan sesuai dibuat cenderamata
 Kat sini korang tak payah risau sebab banyak kedai yang jual cenderamata dan kraf tangan yang cantik-cantik untuk korang bawa pulang. Senang cakap jom korang pergi sendiri tengok apa yang menarik ada kat sana.Tak best la kalau pergi jalan-jalan makan angin kalau tak ada cenderamata untuk kenang-kenangan kan.

makan angin di Pantai Merdeka


Salam satu Malaysia semua, macam mana mood korang hari ini ok ke ko? walau apa pun mood korang tapi jangan lupa senyum tau sebab senyum tu boleh merawat keduakaan hehehehe. Pagi tadi, tengah kemas-kemas bilik dihujung minggu, aku 'ter' layan satu lagu ni yang mengingatkan aku pada si dia eh bukanla pada kampung halamanku la. Tajuk lagu tu cinta kita dipantai merdeka, siapa yang nyanyi tu aku tak tahu pulak. Korang pernah dengar tak lagu ni?  Mesti la pernah kan, korang kan jiwang berkarat macam nenek aku muda-muda dulu jugak kan hehhehe (jangan marah)

 
ni aku ada sediakan video untuk korang...layan....

Tak pe lah kalau korang tak pernah dengar lagu ni sebab aku bukan nak cerita tentang lagu ni tapi tentang temapat yang dia sebut dalam lagu ni. Eh bukan tempat first date aku la tapi aku nak cerita tentang keistimewaan tempat ni. Sebenarnya biasa la kalau dah pantai tu mesti la ade pasir pantai yang putih dan halus boleh buat istana pasir lagi kan, teringat pulak zaman kanak-kanak dulu.

cinta kita dipantai merdeka....ehehe

cantik kan air laut...biru lambang ketenangan
Kat sini sebenarnya banyak aktiviti menarik yang korang boleh buat, contohnya berkayak, hiking, main banana boat, dan banyak lagi la. Aku ingat lagi masa umur aku 12 tahun, masa tu aku berkhemah kat pantai ni la dengan kawan-kawan sekolah aku. Masa aktiviti petang tu kami buat aktiviti berkayak, memang best dapat berkayak kat situ. Yang tak dapat aku lupa, aku siap kena perli dengan abang yang guide kami masa tu. Aku dengar dia jerit " oit nak pi mana, ada jerung". Aku pun cepat-cepat patah balik, kecut juga perut aku dengar perkataan jerung masa tu.(menangis kot).



Selalu kalau hujung minggu tempat ni mesti penuh, ramai yang ambik kesempatan untuk berkemah dengan ahli keluarga mereka kat sini. Angin malamnya memang best boleh mengamit memori lalu.hehhee. Kalau korang nak tahu, ada juga bahagian pantainya yang berbatu besar.Cantik!

pantai berbatu...cantik!
pantai yang diselaputi batu

 Ramai juga yang datang kesini untuk hiking kat gunung yang berhampiran dengan pantai, dari atas tu sebenarnya korang boleh nampak keseluruhan pantai dan laut.Asyik!. Tidak sah kalau datang ke pantai kalau tidak menungggu sunset kan, memang cantik la kalau korang dapat tengok sendiri sunset kat sini dengan mata kepala korang sendiri.

tengok! cantik kan sunset :)

jalan-jalan ke muzium padi


Salam, hai semua kabare? ops aku bukan javanese okay.hehhee. Post kali ni aku nak kongsi tentang satu tempat kat Kedah yang boleh dkategorikan sebagai tempat menarik jugak la.
selamat datang semua...
Kalau sesiapa yang pernah jalan-jalan kat Kedah, mesti tak kan lepaskan peluang keemasan untuk melawat  Muzium Padi yang sememangnya tidak lengkap lawatan korang ke Kedah andai tidak singgah di situ.(cewah macam mana ayat aku? mengancamkan hehhe). Kalau korang nak tahu muzium ni adalah satu-satunya muzium padi yang terdapat di Malaysia. Muzium ni terletak di Gunung Keriang, kira-kira 8 KM daripada bandar Alor Setar, dan mula dibuka pada 12 Oktober 2004. Aku boleh jamin korang tak kan bosan datang sini sebab kat sini korang boleh tengok sendiri paralatan atau barang-barang yang berkaitan dengan padi seperti budaya, penyelidikan, pembangunan serta perkembangan teknologi padi.

ni bangunan muzium padi yang unik













sebenarnya muzium ni terdapat tiga aras dimana setiap aras mempunyai keistimewaannya tersendiri. Di aras pertama korang akan disajikan dengan pameran sejarah penanaman padi, jenis-jenis padi, alatan persawahan seperti renggam, juga terdapat alatan penangkapan ikan tradisional yang hampir pupus seperti sepila, bubu dan lain-lain.
antara peralatan tradisional penanaman padi...smart kan?


















Bagi mereka yang suka kan lukisan, korang boleh melihat lukisan yang sememangnya cantik dan hidup di aras 2 muzium ini.sangat-sangat cantik, korang tak kan rugi datang sini.

lukisan yang terdapat di galeri...nampak hidup kan..

  Yang paling best datang sini ialah masa berada ditingkat 3 bangunan ni sebab korang boleh tengok panorama tanaman padi dalam bentuk lanskap. Kalau korang nak tahu, lanskap ni ialah lanskap tercantik dan terbesar di Malaysia. Selalunya kalau dah jalan-jalan ni mesti la kita nak cari sesuatu untuk buat cenderamata sebagai kenangan kan, korang jangan risau banyak barang-barang cantik yang korang boleh beli dan buat kenangan. dan jangan lupa, korang kena rasa makanan tradisioanl yang hampir pupus macam sagon, karas dan lain-lain lagi. 
makanan berasakan beras yang hampir pupus....
terima kasih, datang lagi...hehhehe

Tuesday 8 May 2012

!k4N p3k4sAm

Salam semua, apa khabar? kenapa moody je hari ni? kena marah dengan lecturer ke? biasa la tu kita kan student harusla kena marah bila tak buat homework kan. hehehe. So kena la belajar daripada kesilapan bukannya mengutuk lecturer kat belakang. Betul tak?
post kali ni bukannya nak cerita pasal kena marah atau kena perli dengan lecturer dan sewaktu dengannya, tapi nak cerita pasal ikan pekasam.hahhaha ada kaitan ke? sebenarnya selain daripada ketupat daun palas yang aku cerita sebelum ni, kat Kedah juga terkenal dengan ikan pekasamnya yang memang urmp... lah.
pernah dengar tak pasal ikan pekasam? kalau tak pernah dengar tu maksudnya dia bukan orang melayu yang baik dan sopan macm aku hehhehe.(gurau je jangan marah).
kepada orang melayu yang hampir melupakan makanan tradisinya, mai sini aku nak tolong ingatkan balik. Biasalah kita bila dah biasa dengan chicken chop noodle station tu mula la nak lupa asal usul.(hehhhe jangan marah ye)


ni la rupa ikan pekasam tu
Nak dijadikan cerita ni panjang lebar, sebenarnya ikan pekasam ni hasil ilham orang dulu-dulu, maklum saja lah masa tu kan tak ada peti sejuk. Jadi demi mengelak ikan tu menjadi busuk, mereka awet ikan tu dengan sedikit ramuan campuran garam, beras yang digoreng dan di tumbuk halus, dan sedikit asam.

dah siap gaul dengan ramuan, kena la tutup rapat2
 Ikan tadi di simpan dan diperap selama seminggu didalam bekas kedap udara untuk mengelak pembiakan ulat pada badan ikan. kreatif kan moyang kita dulu-dulu, tak ada peralatan canggih pun masih boleh hidup tapi kita..ermmm tak ada washing machine pun dah kalut macam apa ntah..hhehhe aku la tu.
Selalunya ikan air tawar seperti sepat dan puyu menjadi pilihan utama untuk dibuat pekasam. Selepas seminggu diperap, boleh la goreng ikan tu dengan bawang dan cili untuk menaikan aromanya.( aku dah terbau-bau ni)



Yang bestnya, bukan isi ikan tu je kita boleh makan tapi dengan tulang-tulang pun kita boleh belasah sekali, sebab tulang ikan dah jadi rapuh semasa melalui proses pemerapan tapi struktur ikan masih dalam keadaan yang sama. Erm.. pasti korang semua kagum dengan teknologi moyang kita dulu-dulu kan, kita pun kalah.
Sedapnya kalau dapat makan tengahhari dengan menu ikan pekasam goreng dengan nasi panas-panas di tepi sawah padi dengan angin berpuput lembut.

siap digoreng! jemput makan kawan2
Sebenarnya ikan pekasam pun boleh dimasak denga cara lain seperti dibuat masak lemak cili api, pergh lagi mengancam makan tengah hari kita. 

Tuesday 24 April 2012

ladang anggur Beris, sik

selamat datang ke ladang anggur sik, kedah
        Kalau tanah tinggi Cameron Highland tu terkenal sebab cuacanya yang sejuk, dan sesuai dengan penanaman teh dan strawberry tapi jangan terkejut kalau kat Kedah pulak ada ladang anggur.

ni la rupanya pokok anggur kalau sesiapa yang tak tahu  hehhehe

        Percaya tak? mungkin kau orang semua tak nak percaya tapi terima lah hakikat seadanya yang Kedah ada ladang anggur.hehehhe over excited pulak aku.ladang anggur ni terletak di Beris, Sik dimana iklimnya agak sesuai dengan penanaman anggur. 

Ramai pengunjung yang datang ke Sik yang boleh dikatakan antara daerah pendalaman di negeri Kedah, semata-mata untuk melihat sendiri rupa ladang anggur tu. Sedikit bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung yang ingin melawat ladang itu dan anda tidak dibenarkan memetik buah.(hairan jugak nak masuk kena bayar tapi tak boleh petik anggur, pelik). Pasrah jelah.

perghh, macam plastik je tengok kan...

sedapnya, kalau boleh petik mesti dah kosong ladang tu kan..
Persekitaran ladang sangat cantik dan bersih kita boleh melakukan aktiviti reakreasi di situ sambil berkelah bersama keluarga. Mesti kau orang semua teruja nak tengok sendiri rupa ladang anggur tu kan,. So, tunggu apa lagi jom la jalan-jalan makan angin ke Kedah.

ketupat daun palas

kali ni aku nak cerita tentang makanan yang boleh dikategorikan sebagai best la kat Kedah especially time raya. apa lagi sajian yang best masa hari raya kalau bukan ketupat, lemang, dan rendang kan. tapi aku tak nak cerita tentang lemang atau rendang, tapi aku nak cerita tentang ketupat daun palas.

yang ni dah siap kukus, raya 2009 hehhehe
 Ketupat daun palas ni tak sama dengan ketupat nasi yang disediakan di negeri lain. Banyak bezanya dengan ketupat nasi, dari segi balutan, penggunaan beras, dan cara memasaknya.

pulut diisi didalam kelongsong sebelum dibalut
 Bagi aku ketupat daun palas paling simple dan mudah nak di balut berbanding ketupat nasi yang nampak rumit dengan daun kelapanya yang terjuntai-juntai. Ketupat daun palas menggunakan beras pulut yang dimasak separuh masak kemudian dibalut dengan daun palas .

daun palas dibuat kelongsong sebelum diisi pulut.
 Daun palas diambil dan dijemur terlebih dahulu sebelum digunakan bagi membuang habuk-habuk yang terdapat pada daun itu. Setelah beberapa minit dijemur, daun itu perlu di buka dan dibuat kelongsong untuk melentur urat-urat daun palas bagi memudahkan kerja membalut pulut nanti.

 aku ingat lagi masa mula-mula aku belajar buat kelongsong untuk letak pulut, mak cakap " tu ketupat jantan". aku pun tercengang dan aku tengok kat ketupat tu, bila masa pulak ketupat ada jantina ni? aku tanya mak  "macam mana ketupat boleh jadi jantan betina pulak mak?
mak aku bantai gelak dengan ayah, ayah cakap "orang buat ketupat betina ja, lawa sikit"."owwhh", jawab aku.
ni la rupa ketupat jantan...hehhehe

Jujurnya aku bukannya faham pun maksud ayah, dan lagi satu macam mana nak beza ketupat ni jantan ke betina? selalunya bila nak buat ketupat daun palas, aku akan jadi tukang buka daun buat kelongsong, adik perempuan aku pulak akan tolong mak balut ketupat. dia memang pandai balut, aku pun tak boleh nak lawan. kalau aku balut, bila satu dah jadi cantik pun aku rasa macam nak berarak keliling kampung tunjuk ketupat yang aku buat tu.(hehhehhee).
model ketupat daun palas hehe

nyummy!!! jom makan
Ketupat daun palas ni sedap kalau dapat cicah dengan rendang tok bukan rendang nenek tau hehhee. Dan orang yang bertanggungjawab buat rendang tok mesti la aku, sedap sampai menjilat periuk (ngee).lapar pulak rasa.


mandi manda di bukit hijau

      Salam Semua, panaskan hari ini? agaknya lapisan ozon dah semakin menipis dengan pemanasan global yang agak ekstrem sekarang ni kan?. sampaikan dalam kelas yang dah dipasang aircond pun masih perlu berkipas tangan lagi.(gambaran betapa panasnya hehhehe over tak?)

      Okay, sekarang bukan kita nak belajar sains kat sini, sebenarnya fokus utama aku  ialah panas-panas ni syok jugak kalau dapat main  sungai kan? bestnya rasa, sejuk, nyaman, pergh memang asyik lah.

pintu menyambut tetamu hehhee

         Teringat pulak kalau kat kampung panas-panas macam ni, apa lagi aku paksa abang aku bawak aku pi main sungai dengan mak ayah aku pun aku heret sekali.(hhehhee). Bahasa sopannya ajak pi berkelah la kan.

ni la gambar yang membuatkan aku termimpi-mimpi siang dan malam keh2




            Kat Kedah ada satu sungai yang agak fames jugak la dikalangan warga-warga kedah ni, nama sungai tu lata bukit hijau. Memang sejuk air kat situ fress dari bukit kot sebab tu la sejuk dia lain macam. Sebenarnya banyak lagi sungai-sungai yang fames kat Kedah ni tapi aku prefer yang ni sebab dekat jugak la dengan rumah aku hehehe.


aku ngan my litlte boy  





mami aku pun suka main air hehehe
       
        So, bila cuti panjang je kalau aku balik kampung memang tak sah kalau aku tak pi sungai ni. Nama sungai ni sebenarnya dah di upgrade menjadi tempat rekreasi bukit hijau. Memang hijau la tempat dia, sebab masih banyak pokok-pokok besar yang belum di tebang, kita seolah-olah berada di dalam hutan tebal (cewahhh).

          lagi satu yang bestnya kat sini, lepas penat main air, apa lagi lepak-lepak sambil makan jagung bakar la. Sedap wa cakap lu.ahhh bestnya kalau dapat main sungai masa ni. Tak sabar pulak aku nak balik kampung.

Sunday 22 April 2012

Arkeologi Lembah Bujang

            Hari ni aku nak cerita tentang satu tempat kat kedah yang banyak menyimpan khazanah pra-sejarah dahulu kala.kalau kau orang semua nak tahu tempat ni namanya arkeologi lembah bujang a.k.a muzium la lebih kurang kan.
selamat datang...!!!

        kalau dikenang kembali sejarah dulu-dulu, lembah bujang adalah kerajaan kedah tua kerana di situ bermulanya pembukaan petempatan.
muka bumi  negeri kedah
      kedudukannya yang strategik menjadikannya tempat persinggahan perdagang asing terutama perdagang dari arab dan india.sehinggakan nama negeri kedah sendiri diambil dari perkataan bahasa arab kedah yang bermaksud gelas berkaki simbolik kepada kemakmuran dan kekayaan.

              Lokasi lembah bujang yang banyak meninggalkan kesan-kesan sejarah seperti serpihan tembikar, kaca dan sebagainya telah diwartakan sebagai hak kerajaan sebagai altenatif memelihara kesan pra sejarah.

      
          gambar bahagian dalam muzium            
mak aku cakap benda alah ni macam tali air.


            Jujurnya bila bercerita tentang sejarah ni, automatik mata aku akan layu tapi bila cerita tentang penemuan-penemuan pra-sejarah pulak automatik mata aku bersinar bak suria pagi.(hehhee over la tu ).
      
          Aku minat gila dengan barang-barang tinggalan sejarah ni.sebab tu kalau jalan-jalan dekat Tanjung Dawai mesti aku paksa ayah aku berhenti kat muzium arkeologi lembah bujang dulu sebelum balik.Nak tak nak terpaksa la ayah aku ikut perangai ngada-ngada tahi kuda anak manja dia ni.(hehhehe manja ke?).                                                                          
antara kesan-kesan tinggalan sejarah
   

   Memang best kalau dapat pergi muzium ni terutama kepada orang yang memang minat bab-bab penemuan artifak ni macam aku la kan (pergh heheee).

  Sungguh tak rugi, walaupun kawasannya agak pendalaman sikit tapi kau orang boleh mandi-manda kat situ tau. Ha, tertarik kan jom la .
         


               Mula-mula aku hairan jugak macam mana tapak Batu Pahat ni boleh ada kat Kedah, Batu Pahat tu bukan kat Johor ke?(hhehehee)
                                          
                         ini namanya tapak Batu Pahat a.k.a waterfall Lembah Bujang

     

        Bahagian luar muzium pulak kau orang akan disajikan dengan permandangan candi dan artifak lain yang menjadi tarikan orang ramai untuk datang ke situ.

ni adalah perahu  yang dijumpai di di dasar sungai sekitar negeri kedah

  kat sini kau orang boleh tengok sendiri macam mana bentuk candi tu.candi tu apa? nak tahu kena la datang kedah tengok sendiri macam mana rupanya candi tu.sejarahnya, candi ni daripada pengaruh pedagang india yang berhenti singgah berehat di lembah bujang.Mesti tak rugi kalau pergi sini.cuti-cuti Malaysi.....

Antara candi-candi yang terdapat di sana
          

Tuesday 17 April 2012

iklan rehat sebentar bersama kit kat...


        Jom rehat sat dengan cerita vanila coklat.sebelum ni aku buat tak tau je bila orang lain sibuk-sibuk nak tengok cerita ni.Bagi aku yang bukan kaki TV atau kaki drama ni, aku rasa buang masa je nak tunggu cerita tu yang berminggu-minggu.Yang paling penting aku ni bukanla seorang yang penyabar nak menunggu cerita tu sampai ending sebab penantian itu satu penyiksaan hehehe...sampaikan ade yang updates status kat facebook tentang cerita ni, (what the hell?).



 
     ni la hero dan heroin cerita vanilla coklat.

       Tp bila tiba-tiba hati kecilku berbisik nak menonton cerita itu (tu pun sebab dah ada dalam laptop) .satu hari je aku habiskan cerita tu, lewat jugak la aku tidur sebab dah mula tengok memang melekat terus sampai ke pagi hehhehee...dan disebabkan aku ni tak suka menunggu maka aku habiskan jugak malam tu.(ni kalau baca buku cepat je ngantuk hehhehe).
                                 ini dia buah hati aku hehhee ;)
    
            Aku pun dah mula jatuh hati dengan si hero yang agak hensem pada pandangan mata hati kecil ku ini hehhee.nama hero tu aiman hakim redha, seorang peserta mentor 5 kot kalau tak silap aku la kan hehhehe(tunjuk ajarku sifu) .
       bila dh jatuh hati tu faham-faham je lah kan mesti la aku cemburu dengan si heroin tu izara aisyah cantik orangnya.Disebabkan rasa cemburu itu aku pun mula lakukan sesuatu, walaupun mungkin orang cakap aku ketinggalan tapi biarlah begitu.hehhee
                                            padankan?hhehe kau ade?
            Jadi aku abadikan kisah hati aku ni supaya izara aisyah pulak cemburu dengan aku hehhehe, (perahsantan betul).

Tuesday 3 April 2012

tempat tumpahnya darahku...

maka bermulalah sebuah cerita, hikayat harasha tentang tempat lahirnya..(hehehe) pernah dengar nama negeri kedah? penipu la siapa yang tak tahu ataupun dia memang fail geografi dan sejarah masa PMR dulu.betul tak?
negeri kedah ni di kategorikan sebagai negeri utara semenanjung Malaysia kerana kedudukannya yang berada di utara selain negeri perlis dan pulau pinang.kalau kita kenang kembali sejarah dahulu kala,negeri kedah sangat besar sehinggakan sejarah awal mengatakan negeri perlis dan pulau pinang sebenarnya adalah kepunyaan kerajaan kedah.malah,sebahagian daripada negara thailand juga adalah milik kedah.


 negeri kedah terkenal dengan jolokan nama jelapang padi Malaysia kerana hampir keseluruhannya di penuhi dengan sawah padi yang menjadi kebanggaan anak-anak jati negeri kedah.tanya lah siapa sahaja yang pernah sampai ke negeri kedah pasti tidak akan puas menatap ketenangan sawah padi yang terbentang luas itu.tambahan lagi disepanjang lebuh rayanya disaji dengan permandangan indah itu.sesiapa sahaja yang cintakan ketenangan pasti tidak kecewa dengan lukisan alam yang saujana mata memandang itu.pasti asyik!.
secara geografinya negeri kedah menjadi tapak jelapang padi malaysi kerana tanahnya jenis gambut sesuai untuk penanaman padi.



tengoklah gambar sawah ni,cantik kan.. :)

 
gambar ni untuk sesiapa yang tak pernah tengok pokok padi hehhee :)

saya memang obses dengan sawah padi, nak pula masa padi tengah menguning,Subhanallah damai dan tenang saja hati dan mata memandang, nak marah pun tak jadi.
tambah lagi pula masa matahari terbenam,Ya Allah serius cantik.sebab itu aku bangga jadi anak jati kedah.
kalau orang lain mungkin tengok matahari terbenam kat tepi pantai tu tersangatlah romantik tapi bagi saya tengok matahari terbenam tepi sawah lagi cantik.hehhee..
 

 ni la gambar sawah padi waktu senja,cantik kan.. yang ni tak berapa senja la

kat sini saya nak cadangkan kalau sesiapa yang serabut atau tengah stress tentang buah hati lari ke,hutang PTPTN banyak ke,atau apa-apa sahaja yang boleh mengugat ketenangan jiwa,cuba la pandang lukisan alam yang maha cantik ini.pasti jiwa akan menjadi lebih tenang dan boleh buat keputusan dengan baik.
menurut pakar psikologi,warna hijau dapat memberikan ketenangan hati dan menyejuk mata.malah disaat anda diserang sakit kepala ,anda disaran memandang pada warna hijau kerana diyakini ia dapat mengurangkan kesakitan.
walaupun saya sebagai anak jati negeri kedah,namun saya tak pernah berasa puas untuk menatap sawah padi yang terbentang luas bersama angin bayu yang bertiup lembut menyapu wajah ,keriuhan suara burung menyanyi bahasa mereka menjadikan aku seorang perindu tegar seolah-olah mahu terbang bersama burung-burung itu untuk pulang kekampung halaman jauh dari hiruk pikuk kota ini.
(ayat berbunga kalah A Samad Said hhehe)