Followers

Tuesday 24 April 2012

ketupat daun palas

kali ni aku nak cerita tentang makanan yang boleh dikategorikan sebagai best la kat Kedah especially time raya. apa lagi sajian yang best masa hari raya kalau bukan ketupat, lemang, dan rendang kan. tapi aku tak nak cerita tentang lemang atau rendang, tapi aku nak cerita tentang ketupat daun palas.

yang ni dah siap kukus, raya 2009 hehhehe
 Ketupat daun palas ni tak sama dengan ketupat nasi yang disediakan di negeri lain. Banyak bezanya dengan ketupat nasi, dari segi balutan, penggunaan beras, dan cara memasaknya.

pulut diisi didalam kelongsong sebelum dibalut
 Bagi aku ketupat daun palas paling simple dan mudah nak di balut berbanding ketupat nasi yang nampak rumit dengan daun kelapanya yang terjuntai-juntai. Ketupat daun palas menggunakan beras pulut yang dimasak separuh masak kemudian dibalut dengan daun palas .

daun palas dibuat kelongsong sebelum diisi pulut.
 Daun palas diambil dan dijemur terlebih dahulu sebelum digunakan bagi membuang habuk-habuk yang terdapat pada daun itu. Setelah beberapa minit dijemur, daun itu perlu di buka dan dibuat kelongsong untuk melentur urat-urat daun palas bagi memudahkan kerja membalut pulut nanti.

 aku ingat lagi masa mula-mula aku belajar buat kelongsong untuk letak pulut, mak cakap " tu ketupat jantan". aku pun tercengang dan aku tengok kat ketupat tu, bila masa pulak ketupat ada jantina ni? aku tanya mak  "macam mana ketupat boleh jadi jantan betina pulak mak?
mak aku bantai gelak dengan ayah, ayah cakap "orang buat ketupat betina ja, lawa sikit"."owwhh", jawab aku.
ni la rupa ketupat jantan...hehhehe

Jujurnya aku bukannya faham pun maksud ayah, dan lagi satu macam mana nak beza ketupat ni jantan ke betina? selalunya bila nak buat ketupat daun palas, aku akan jadi tukang buka daun buat kelongsong, adik perempuan aku pulak akan tolong mak balut ketupat. dia memang pandai balut, aku pun tak boleh nak lawan. kalau aku balut, bila satu dah jadi cantik pun aku rasa macam nak berarak keliling kampung tunjuk ketupat yang aku buat tu.(hehhehhee).
model ketupat daun palas hehe

nyummy!!! jom makan
Ketupat daun palas ni sedap kalau dapat cicah dengan rendang tok bukan rendang nenek tau hehhee. Dan orang yang bertanggungjawab buat rendang tok mesti la aku, sedap sampai menjilat periuk (ngee).lapar pulak rasa.


No comments:

Post a Comment